Saturday 19 May 2012

Kos penggunaan DD dan CD





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. :)


Mei 2012 sudah menjengah. Katalah sepanjang 4 bulan sebelum ini, hanya penggunaan DD yg digunakan kepada anak, sudah anda kira berapa duit yang telah anda buang? 


Post kali ini akan dikongsikan satu lagi sebab mengapa sudah sampai masanya untuk kita sebagai ibu bapa bertukar kepada lampin moden/ cloth diaper (CD)....


Pernah dikongsikan di sini, pengalaman saya dengan penggunaan Disposable Diaper (DD) bermula dari saat anak lahir sehingga ke usia 9 bulan - kerana tidak tahu tentang adanya pilihan yang lebih baik - CD. Sepanjang 9 bulan usia anak, DD menjadi pilihan tegar -  boleh rujuk sini, berkenaan satu post yang saya tulis sendiri tentang pengalaman saya dengan DD yang saya pernah guna. 


Pada pendapat saya,sebenarnya penggunaan DD mahupun CD keduanya melibatkan kos. Bezanya dengan CLOTH DIAPER, ia membawa pulangan yang lebih berbaloi, kerana boleh di ulang pakai dan tahan beberapa tahun manakala DD pula dibeli dan dibuang.


Ringkasnya: 
DD - beli dan pakai dan buang
CD - beli dan pakai dan pakai lagi :)


DD boleh didapati dengan pelbagai harga di pasaran, ada serendah RM17 untuk jumlah pek tertentu untuk jenama tertentu dan ada setingga RM47 untuk jumlah pek dan jenama tertentu. Bezanya dikatakan hanya pada kadar penyerapan, pengudaran, dan jenis - pant atau biasa. Secara purata satu DD berharga rm0.60 (di Sabah/Sarawak rm0.70).


Mari kita laksanakan satu matematik mudah ya. :)


Katakan, dalam satu hari, bayi kita memakai 6 keping DD.


  6 keping x 60sen = RM3.6 (sehari)
RM3.6 x 30 hari = RM108 (sebulan)
RM108 x 12 bulan = RM1296 (setahun)




Kebiasaan, setiap anak kecil akan menggunakn DD sehingga mencecah usia 3 tahun sebelum berjaya potty train:
jadi anggaran kos untuk 3 tahun ialah


RM1296 x 3 tahun = RM3888 (3 tahun)


Itu jumlah untuk seorang anak. Jika 2 anak? 3 anak? 7 anak?


Bagi setiap keluarga, mengapa harus ada dalam senarai perbelanjaan untuk membeli DD? walaupun sudah diketaui pembelian itu hanya akan dibuang dan seterusnya menjadi sampah.. Tidak salah melakukan sedikit pengorbanan untuk memiliki koleksi sendiri CD yang mampu menjalani fungsi sama seperti DD, malah lebih baik lagi pulangannya - bebas bahan kimia, mesra alam, kitar semula dan tiada sampah! :)

Kesimpulan: anggaran kos utk DD selama 3 tahun ialah RM3888.


Mari kita lihat untuk pembelian CD pula. 

Dalam kiraan saya, saya mengambil kira bilangan CD untuk tempoh 3 hari pusingan.

1. Bilangan CD
    Hari 1 - 10 CD (kumpulan A)
    Hari 2 - 10 CD (kumpulan B) (basuh CD hari 1)
    Hari 3 - 10 CD (kumpulan C) (basuh CD hari 2) (sediakan CD hari 1 kembali)
    Hari 4 - guna semula 10 CD kumpulan A
    Hari 5 dan seterusnya mengikut giliran/pusingan

    Purata 1 CD harganya = RM25 (ada lagi murah dan ada lagi mahal)

    30 keping CD = 30 keping x RM25 = RM750 

2. Sabun
    Purata RM22 2 bulan.
         RM22 x 6 bulan = RM132 (setahun)

   Kos penggunaan sabun bergantung kepada individu. Jika CD di basuh secara pukal mengikut hari2 tertentu, nilai RM132 boleh dikurangkan lagi. (makluman awal, setiap basuhan CD hanya perlukan 1/2 atau 3/4 sukatan sabun - jadi penggunaan sabun juga jimat sebenarnya) :)

3. Aksesori Tambahan
    Penyerap tambahan - booster dll - purata RM100
    Wetbag - untuk kemudahan meletak CD kotor. -purata RM50

Jumlah untuk setahun = 

RM750 + RM132 + RM100 + RM50 = RM1032

penggunaan DD setahun rm1296.
penggunaan CD setahun rm1032.

walau digunakan sehingga 3 tahun, jumlah penggunaan CD tidak akan bertamba seperti DD. kerana konsepnya - boleh dipakai berulang kali :)

Jadi, persoalannya, pilihan ada di tangan anda sendiri.
yang mana satu pilihan anda?


Satu link untuk dikongsi CLOTH DIAPER CALCULATOR (sila klik)

masukkan jumlah CD, berapa harga per unit CD, web ni akan kirakan..

dan

ada juga untuk kiraan DD. 

jgn lupa view di bawah tu, untuk tahun pertama berapa $$$$ boleh jimat dengan penggunaan CD. Sila cuba yer. saya sudah!


Sekian untuk kali ini.