Saturday 19 May 2012

Kos penggunaan DD dan CD





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. :)


Mei 2012 sudah menjengah. Katalah sepanjang 4 bulan sebelum ini, hanya penggunaan DD yg digunakan kepada anak, sudah anda kira berapa duit yang telah anda buang? 


Post kali ini akan dikongsikan satu lagi sebab mengapa sudah sampai masanya untuk kita sebagai ibu bapa bertukar kepada lampin moden/ cloth diaper (CD)....


Pernah dikongsikan di sini, pengalaman saya dengan penggunaan Disposable Diaper (DD) bermula dari saat anak lahir sehingga ke usia 9 bulan - kerana tidak tahu tentang adanya pilihan yang lebih baik - CD. Sepanjang 9 bulan usia anak, DD menjadi pilihan tegar -  boleh rujuk sini, berkenaan satu post yang saya tulis sendiri tentang pengalaman saya dengan DD yang saya pernah guna. 


Pada pendapat saya,sebenarnya penggunaan DD mahupun CD keduanya melibatkan kos. Bezanya dengan CLOTH DIAPER, ia membawa pulangan yang lebih berbaloi, kerana boleh di ulang pakai dan tahan beberapa tahun manakala DD pula dibeli dan dibuang.


Ringkasnya: 
DD - beli dan pakai dan buang
CD - beli dan pakai dan pakai lagi :)


DD boleh didapati dengan pelbagai harga di pasaran, ada serendah RM17 untuk jumlah pek tertentu untuk jenama tertentu dan ada setingga RM47 untuk jumlah pek dan jenama tertentu. Bezanya dikatakan hanya pada kadar penyerapan, pengudaran, dan jenis - pant atau biasa. Secara purata satu DD berharga rm0.60 (di Sabah/Sarawak rm0.70).


Mari kita laksanakan satu matematik mudah ya. :)


Katakan, dalam satu hari, bayi kita memakai 6 keping DD.


  6 keping x 60sen = RM3.6 (sehari)
RM3.6 x 30 hari = RM108 (sebulan)
RM108 x 12 bulan = RM1296 (setahun)




Kebiasaan, setiap anak kecil akan menggunakn DD sehingga mencecah usia 3 tahun sebelum berjaya potty train:
jadi anggaran kos untuk 3 tahun ialah


RM1296 x 3 tahun = RM3888 (3 tahun)


Itu jumlah untuk seorang anak. Jika 2 anak? 3 anak? 7 anak?


Bagi setiap keluarga, mengapa harus ada dalam senarai perbelanjaan untuk membeli DD? walaupun sudah diketaui pembelian itu hanya akan dibuang dan seterusnya menjadi sampah.. Tidak salah melakukan sedikit pengorbanan untuk memiliki koleksi sendiri CD yang mampu menjalani fungsi sama seperti DD, malah lebih baik lagi pulangannya - bebas bahan kimia, mesra alam, kitar semula dan tiada sampah! :)

Kesimpulan: anggaran kos utk DD selama 3 tahun ialah RM3888.


Mari kita lihat untuk pembelian CD pula. 

Dalam kiraan saya, saya mengambil kira bilangan CD untuk tempoh 3 hari pusingan.

1. Bilangan CD
    Hari 1 - 10 CD (kumpulan A)
    Hari 2 - 10 CD (kumpulan B) (basuh CD hari 1)
    Hari 3 - 10 CD (kumpulan C) (basuh CD hari 2) (sediakan CD hari 1 kembali)
    Hari 4 - guna semula 10 CD kumpulan A
    Hari 5 dan seterusnya mengikut giliran/pusingan

    Purata 1 CD harganya = RM25 (ada lagi murah dan ada lagi mahal)

    30 keping CD = 30 keping x RM25 = RM750 

2. Sabun
    Purata RM22 2 bulan.
         RM22 x 6 bulan = RM132 (setahun)

   Kos penggunaan sabun bergantung kepada individu. Jika CD di basuh secara pukal mengikut hari2 tertentu, nilai RM132 boleh dikurangkan lagi. (makluman awal, setiap basuhan CD hanya perlukan 1/2 atau 3/4 sukatan sabun - jadi penggunaan sabun juga jimat sebenarnya) :)

3. Aksesori Tambahan
    Penyerap tambahan - booster dll - purata RM100
    Wetbag - untuk kemudahan meletak CD kotor. -purata RM50

Jumlah untuk setahun = 

RM750 + RM132 + RM100 + RM50 = RM1032

penggunaan DD setahun rm1296.
penggunaan CD setahun rm1032.

walau digunakan sehingga 3 tahun, jumlah penggunaan CD tidak akan bertamba seperti DD. kerana konsepnya - boleh dipakai berulang kali :)

Jadi, persoalannya, pilihan ada di tangan anda sendiri.
yang mana satu pilihan anda?


Satu link untuk dikongsi CLOTH DIAPER CALCULATOR (sila klik)

masukkan jumlah CD, berapa harga per unit CD, web ni akan kirakan..

dan

ada juga untuk kiraan DD. 

jgn lupa view di bawah tu, untuk tahun pertama berapa $$$$ boleh jimat dengan penggunaan CD. Sila cuba yer. saya sudah!


Sekian untuk kali ini.


















  



Saturday 28 April 2012

Kesan Penggunaan Disposable Diaper

Assalamualaikum..


Setelah dikongsi sedikit tentang bahan kimia yang terdapat dalam satu lampin pakai buang/ DD, terbit pula keinginan untuk mengetahui kesan longgokan DD terhadap alam sekitar.





Kenapa longgokan. kerana ia dihasilkan bertujuan untuk menjadi longgokan sampah akhirnya.


Dikepilkan di sini artikel 30k-tan sampah (Sila Klik).
-secara ringkasnya sisa pepejal/sampah di jangka meningkat kepada tiga puluh ribu tan (30000 tan) SEHARI menjelang tahun 2020. Kenyataan yang kukuh dan mengikut logik akal jika ada kajian menyatakan setiap hari setiap rakyat Malaysia menghasilkan 0.8kg sampah. Itu sehari. seminggu? Sebulan? Setahun?


Boleh baca lebih lanjut di sini.


dan sudah tentu, dari jumlah2 sampah yg di buang, sebahagian besar komposisinya sudah tentu dari rumah kita - termasuk lampin pakai buang/DD.


DD menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang datang dari rumah kita dan ada terdapat statistik menyatakan lebih dari 27 juta lampin pakai buang terdapat di tempat longgokan sampah di serata dunia. satu nilai yang cukup besar kan?


Dari sumber lain, dikatakan 80% lampin di dunia ini dihasilkan dengan bahan pakai buang yang mana menghasilkan 18 Bilion DD untuk setahun (bilion ada berapa kosong yer, sila fikir2kan..) 18 bilion DD ini menggunakan 82 00 tan plastik untuk tempoh setahun dan 1.3 juta kayu pulpa yang bersamaan 250 000 pokok. (begitu banyak pembaziran)


Agensi Perlindungan  Alam Sekitar (dunia) melaporkan kira-kira 20 bilion DD di buang ke tapak pelupusan sampah setiap tahun, dan ia merupakan lebih dari 3.5 juta tan pembaziran!!!


Merujuk kepada KLIK SINI Ada tiga perkara utama lagi yang boleh dibincangkan kesan dr pembuangan DD:
- sumber asli
- tapak pelupusan
- bahan kimia

Sumber asli:
Di United State, apabila mereka memfokuskan kepada isu yang berkaitan dengan alam pesekitaran, mereka memberitahu sebanyak 200000 pokok tumbang setiap tahun dalam tujuan untuk membuat DD. Tambahan lagi, ia memerlukan 4.4 bilion gallon minyak/bahan api untuk menghasilkan DD. Selain itu, DD menggunakan 20 kali lebih bahan mentah, dua dan 3 kali lebih tenaga berbanging untuk membuat Cloth Diaper. Kesimpulan nya, pembuatan DD menggunakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.


Tapak pelupusan
Walaupun DD memerlukan oksigen dan cahaya matahari untuk terurai, DD tidak terurai (menyusut) dengan baik di tapak pelupusan. Ia memerlukan masa sebanyak 500 TAHUN untuk terurai dengan sendiri. Ia menjadikan ber-milion tan hasil buangan yang tidak dirawat dibuang ke tapak pelupusan dan seterusnya boleh mencemarkan air di bawah tanah. Menurut Program Pengukuran Radiasi Atmosfera, tapak pelupusan sampah diketahui sebegai  tempat yang menwujudkan pelepasan gas rumah hijau yang turut menyumbang perubahan cuaca bumi. Penguraian DD membebaskan metana ke udara, yang mana jika kepekatan gas ini terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kebakaran. 


Bahan Kimia
Garis panduan yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Persekitaran banda Nova Scotia melaporkankan 'arkib kesihatan persekitaran' DD membebaskan bahan kimia organik secara tidak menentu. Bahan kimis seperti tolune, ethylbenzene, xylene dan dipentene yang terkandung dalam DD boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan manusia - paling terkesan dalam kes ini ialah si pemakai - bayi bayi kita. Lapisan penyerap di bahagian dalam DD juga di rawat dengan bahan kimia yang boleh mencetuskan alergik. DD juga selalunya mengandungi 'dyes' dan 'dioxin' yang mana terbentuk dari proses pelunturan klorin. 'Dioxin' adalah karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Apabila dibebaskan ke persekitaran, toksin ini boleh berkumpul di dalam badan manusia dan haiwan,



boleh baca lebih lanjut di sini:
SINI
SINI JUGA


sejujurnya saya sendiri tidak tahu kesan penggunaan DD boleh menjadi sebegini teruk/tinggi. namun setelah membaca semua ini, apa tindakan kita sebagai pengguna? perlukah lebih terus menghasilkan sampah yang sebegitu susah untuk dihilangkan dari muka bumi ini...? fikirkan yer..

saya  tidak terus menerus boikot DD. jangan salah faham pula. :) kerana saya sendiri mula bertukar kepada lampin moden seusia anakanda 8 bulan. jadi belum terlewat untuk giliran anda pula. soal halangan dan kekangan penggunaan CD mungkin kita boleh bincangkan di post lain ya.

    memetik keratan dari sebuah laman web (klik sini) : CD adalah kurang merbahaya kepada persekitaran kerana CD menghasilkan kurang bahan buangan. (iya, produk CD -aksesori masih ada yang pakai buang). DD tidak pernah terurai dengan lengkapnya, jadi setiap kali SAYA dan ANDA membuang satu DD, kita sebenarnya menambah sesuatu di tapak pelupusan yang mana ianya akan terus berada di situ..

    saya belajar dari apa yang saya tulis, apa yang saya baca, tidak salah usahakan sesuatu untuk keselamatan bumi kita - kesihatan kita.



    mari mulakan hijau kan bumi kita

    :)


    Thursday 26 April 2012

    Ada apa dengan Disposable Diaper

    Pengalaman saya, sewaktu mengandungkan anak pertama sehinggala kelahiran, saya tidak pernah di dedahkan atau terdedah tentang lampin moden a.k.a Cloth Diaper (CD). langsung tidak punya pengetahuan melainkan kain napkin. Tetapi ketika itu sudah tentu napkin itu tidak termasuk dalam senarai untuk di pakai pada anak, kerana apa, kurang nya pengetahuan tentang apa sebenarnya disposable diaper (DD) itu.


    Tentang penggunaan DD, yang saya cuma tahu, kesan yang paling nyata ialah rashes kepada kulit bayi. begitu juga dgn anak saya. akhirnya setelah hampir 7 bulan kelahiran, kulitnya alah jua dengan DD. dan sementelah itu secara kebetulan mengetahui tentang CD melalui pembacaan. Namun, ketika itu masih ada kekangan kerana kurangnya pengetahuan tentang CD. malah, tidak jua saya ketahui ada jualan CD di outlet2 menjual barangan bayi di Kuantan. (sebenarnya banyak aje :) )


    Setelah percubaan pertama dengan 10 keping CD, ternyata saya memang jatuh hati dengan CD.


    Berbalik kepada tajuk post kali ini. Setelah berbulan2 menjadi pengguna CD, bukan kekurangan yg saya temui, malahan semakin banyak ilmu yang dipelajari. DAN, bila rajin membuat pembacaan samaada di internet mahu pun majalah tempatan, terlalu banyak kekurangan DD ditemui, bukan sahaja kepada kulit bayi kita, tetapi 'sumbangan' DD kepada alam sekitar. 


    jadi, apa yang termampu ingin saya kongsikan dalam post kali ini.


    Ada apa dengan Disposable Diaper


    Picture Copyright KellyWels.com


    Terlalu banyak bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan suatu DD. (selalunya begitula kan, barang pakai buang kan) 
    kalau hendak di hurai satu persatu mungkin saya tidak mampu kerana bukan ahli kimia. tetapi dengan proses google, mungkin sedikit sebanyak boleh membantu.


    Dioxin is one chemical prominently found in disposable diapers that has gotten the most negative press these days. Dioxin is a by-product of the paper bleaching process commonly used in making disposable diapers. The diapers are bleached to make them look clean and white.  Dioxin is considered by the Environmental Protection Agency as “likely human carcinogens [causing cancer] and are anticipated to increase the risk of cancer at background level exposures.”

    saya kira pembaca sudah tentu boleh baca kan. apa yang memeranjatkan saya, kajian lanjut menunjukkan dioxin tu ada lah carsinogen - agen kanser, yg mungkin boleh meresap melalui kulit bayi dan juga melalui ehem2 bayi, persoalannya, mengapa kita masih lagi sanggup untuk memilih bahan kimia ini utk dipakaikan kepada anak2..?


    How about sodium polyacrylate? This is that crystal-like gel that helps disposable diapers absorb massive amounts of urine—some say up to eight hundred times their weight in water.  When moistened, sodium polyacrylate turns to gel, looks like large grains of sea salt, and often is seen on your baby’s bottom between diaper changes.
    he gel is flat against the baby’s skin, so it could cause irritation. The chemical is up against your baby’s skin, and it could be absorbed through the skin, much like the action of birth control patches, healing creams, and nicotine patches. Although highly unlikely, if baby somehow eats the chemical, it can cause stomach irritation as well. But it’s sure a good reason to keep soiled disposable diapers away from your dog!


    ooo rupanya sodium polycrylate ini lah yang mampu menyerap air dengan efektif ye pada sesuatu DD. tapi apabila sudah menyerap air, ia akan bertukar menjadi gel yang akhhirnya boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam akan mula timbul. kerana apa, kerana kulit bayi mampu menyerap bahan pada gel itu.



    Another health concern related to prolonged exposure to the chemicals found in disposables is the possible links to allergies. Dyes, fragrances, plastics, toluene, xylene, ethylbenzene, dipentene, and sodium polyacrylate have all at one time been linked to allergies (and sometimes asthma).
    dan juga bahan kimia lain yang turut menyumbang kepada permasalahan kulit bayi.


    KLIK SINI  untuk maklumat selanjutnya.


    seterunya, TBT - tributyl tin - sejenis bahan pencemrana alam yang bertoksik yang boleh menganggu sistem hormon dan imunasasi badan.


    dituliskan juga dalam link yang saya berikan itu, kajian tentang penggunaan DD kepada tikus  makmal telah menyebabkan simptom seperti asma. seterusnya mungkin tidak mampu saya ulas sehingga saya sendiri yang menjadi ahli kaji kimia. hehe


    antara link yang boleh menjadi bahan rujukan:
    KLIK SINI
    KLIK SINI
    KLIK SINI

    ataupun boleh saja google dan taip 'what is in a disposable diaper'..
    VIDEO DD - cuba lihat video ni jgak ye kawan2..


    The guide suggests that it’s very important for parents to limit their baby’s exposure to chemicals given the baby’s vulnerable and developing central nervous systems, which is less capable of eliminating toxins on its own.
    sila ambil perhatian yer, apa pun pilihan kita, kena hadkan pendedahan bayi kepada bahan kimia, yang boleh menggangu tumbesaran mereka.


    pilihan ada di tangan kita, samaada mahu memilih yang terang lagi bersuluh mempunyai keburukan tersendiri, atau memilih sesuatu yang insyaAllah baik untuk kulit anak kita.


    di harap penulisan yang tidak seberapa ini boleh membantu membuka minda pembaca. sungguh, sebelum ini saya sendiri tidak mengetahu tentang semua ini. tetapi alhamdulillah, belum terlewat untuk bertukar kepada sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah akan datang jika mampu akan dikongsikan perkara lain lagi.


    terima kasih kerana sudi membaca.
    jangan segan2 tinggalkan komen ada.


    assalamualaikum.



    Saturday 21 April 2012

    Introducing..

    assalamualaikum. :)


    Sebelum berkenalan dengan lebih jauh, sedikit info tentang diri ini.


    Saya yang mesra di sapa dengan panggilan 'Zuriani' atau 'Zu', berkhidmat sebagai tenaga pengajar di salah sebuah politeknik Malaysia. Saat ini, baru dikurniakan seorang anakanda perempuan. Mula berjinak dengan penggunaan Lampin Moden - Cloth Diaper sejak puteri sulung berusia 9 bulan. 


    Blog ini diwujudkan bertujuan untuk medan/tempat untuk perkongsian ilmu dan juga produk jualan Cloth Diaper. sebagai salah satu tanda sokongan saya kepada penggunaan Cloth Diaper di kalangan ibu bapa.. iaitu dengan memilih produk yang lebih mesra alam yang mengamalkan konsep - berjimat, guna semula dan kitar semula. :)


    Sebenarnya sejak mula berkenalan dan jatuh cinta dengan cloth diaper, banyak kelebihan berbanding kekurangan yang saya temui.. insyaAllah satu persatu akan di kongsi melalui blog ini.


    memperkenalkan..


    gambar rasmi page fb/blog saya. (imej yg dijumpai dalam google image, kemudian dibuat sedikit proses edditing :p)



    ya.. saya sangat cintakan dunia ber-cloth diaper :) 

    memperkenalkan lagi, satu2nya model cloth diaper saya. salah satu usaha kecil saya untuk kebaikan kulit si dia. dan setesrunya untuk kebaikan bumi yang saya diami.

    *anakanda Nisrin Zhafrah dengan pocket cloth diaper 
    jenama : Tinky By Bettermoms


    :)

    insyaAllah post akan datang akan di usahakan dengan info2 yang sedikit sebanyak berguna tentang cloth diaper. dan sangat ingin berkongsi di sini olahan tentang selamat tinggal disposable diaper - DD - lampin pakai buang.

    jumpa lagi k!








    Wednesday 28 March 2012

    Selamat Datang

    Assalamualaikum..


    Selamat Datang ke Blog Perkongsian & Perniagaan - Cloth Diaper (Lampin Moden) saya.






    insyaAllah, nantikan post saya tentang pengalaman saya tentang ber-cloth diaper, dan juga koleksi-koleksi cloth diaper ye..


    Jangan lupa, Follow saya. (^^)