Saturday 28 April 2012

Kesan Penggunaan Disposable Diaper

Assalamualaikum..


Setelah dikongsi sedikit tentang bahan kimia yang terdapat dalam satu lampin pakai buang/ DD, terbit pula keinginan untuk mengetahui kesan longgokan DD terhadap alam sekitar.





Kenapa longgokan. kerana ia dihasilkan bertujuan untuk menjadi longgokan sampah akhirnya.


Dikepilkan di sini artikel 30k-tan sampah (Sila Klik).
-secara ringkasnya sisa pepejal/sampah di jangka meningkat kepada tiga puluh ribu tan (30000 tan) SEHARI menjelang tahun 2020. Kenyataan yang kukuh dan mengikut logik akal jika ada kajian menyatakan setiap hari setiap rakyat Malaysia menghasilkan 0.8kg sampah. Itu sehari. seminggu? Sebulan? Setahun?


Boleh baca lebih lanjut di sini.


dan sudah tentu, dari jumlah2 sampah yg di buang, sebahagian besar komposisinya sudah tentu dari rumah kita - termasuk lampin pakai buang/DD.


DD menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang datang dari rumah kita dan ada terdapat statistik menyatakan lebih dari 27 juta lampin pakai buang terdapat di tempat longgokan sampah di serata dunia. satu nilai yang cukup besar kan?


Dari sumber lain, dikatakan 80% lampin di dunia ini dihasilkan dengan bahan pakai buang yang mana menghasilkan 18 Bilion DD untuk setahun (bilion ada berapa kosong yer, sila fikir2kan..) 18 bilion DD ini menggunakan 82 00 tan plastik untuk tempoh setahun dan 1.3 juta kayu pulpa yang bersamaan 250 000 pokok. (begitu banyak pembaziran)


Agensi Perlindungan  Alam Sekitar (dunia) melaporkan kira-kira 20 bilion DD di buang ke tapak pelupusan sampah setiap tahun, dan ia merupakan lebih dari 3.5 juta tan pembaziran!!!


Merujuk kepada KLIK SINI Ada tiga perkara utama lagi yang boleh dibincangkan kesan dr pembuangan DD:
- sumber asli
- tapak pelupusan
- bahan kimia

Sumber asli:
Di United State, apabila mereka memfokuskan kepada isu yang berkaitan dengan alam pesekitaran, mereka memberitahu sebanyak 200000 pokok tumbang setiap tahun dalam tujuan untuk membuat DD. Tambahan lagi, ia memerlukan 4.4 bilion gallon minyak/bahan api untuk menghasilkan DD. Selain itu, DD menggunakan 20 kali lebih bahan mentah, dua dan 3 kali lebih tenaga berbanging untuk membuat Cloth Diaper. Kesimpulan nya, pembuatan DD menggunakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.


Tapak pelupusan
Walaupun DD memerlukan oksigen dan cahaya matahari untuk terurai, DD tidak terurai (menyusut) dengan baik di tapak pelupusan. Ia memerlukan masa sebanyak 500 TAHUN untuk terurai dengan sendiri. Ia menjadikan ber-milion tan hasil buangan yang tidak dirawat dibuang ke tapak pelupusan dan seterusnya boleh mencemarkan air di bawah tanah. Menurut Program Pengukuran Radiasi Atmosfera, tapak pelupusan sampah diketahui sebegai  tempat yang menwujudkan pelepasan gas rumah hijau yang turut menyumbang perubahan cuaca bumi. Penguraian DD membebaskan metana ke udara, yang mana jika kepekatan gas ini terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kebakaran. 


Bahan Kimia
Garis panduan yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Persekitaran banda Nova Scotia melaporkankan 'arkib kesihatan persekitaran' DD membebaskan bahan kimia organik secara tidak menentu. Bahan kimis seperti tolune, ethylbenzene, xylene dan dipentene yang terkandung dalam DD boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan manusia - paling terkesan dalam kes ini ialah si pemakai - bayi bayi kita. Lapisan penyerap di bahagian dalam DD juga di rawat dengan bahan kimia yang boleh mencetuskan alergik. DD juga selalunya mengandungi 'dyes' dan 'dioxin' yang mana terbentuk dari proses pelunturan klorin. 'Dioxin' adalah karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Apabila dibebaskan ke persekitaran, toksin ini boleh berkumpul di dalam badan manusia dan haiwan,



boleh baca lebih lanjut di sini:
SINI
SINI JUGA


sejujurnya saya sendiri tidak tahu kesan penggunaan DD boleh menjadi sebegini teruk/tinggi. namun setelah membaca semua ini, apa tindakan kita sebagai pengguna? perlukah lebih terus menghasilkan sampah yang sebegitu susah untuk dihilangkan dari muka bumi ini...? fikirkan yer..

saya  tidak terus menerus boikot DD. jangan salah faham pula. :) kerana saya sendiri mula bertukar kepada lampin moden seusia anakanda 8 bulan. jadi belum terlewat untuk giliran anda pula. soal halangan dan kekangan penggunaan CD mungkin kita boleh bincangkan di post lain ya.

    memetik keratan dari sebuah laman web (klik sini) : CD adalah kurang merbahaya kepada persekitaran kerana CD menghasilkan kurang bahan buangan. (iya, produk CD -aksesori masih ada yang pakai buang). DD tidak pernah terurai dengan lengkapnya, jadi setiap kali SAYA dan ANDA membuang satu DD, kita sebenarnya menambah sesuatu di tapak pelupusan yang mana ianya akan terus berada di situ..

    saya belajar dari apa yang saya tulis, apa yang saya baca, tidak salah usahakan sesuatu untuk keselamatan bumi kita - kesihatan kita.



    mari mulakan hijau kan bumi kita

    :)


    No comments:

    Post a Comment